Monday, February 22, 2010

Nak kongsi cerita

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Saya cuma nak kongsi cerita dan minta pendapat dari kawan-kawan tentang satu isu ini. bagi saya, ianya agak serius.

Seorang pelajar telah menggunakan handphone semasa gurunya mengajar dan merakamkan perjalanan P & P guru tanpa disedari oleh gurunya. Beliau kemudiannya telah upload video itu ke facebook. Kawan-kawan termasuklah bekas pelajar telah menggalakkan beliau upload.

Selepas upload, mereka telah mengutuk guru ini beramai-ramai di facebook. Komen-komen itu langsung tidak berkaitan dengan P & p. Ada yang sanggup menggelarkan guru ini dengan perkataan ' Bitch '. Antara isi kutukan adalah berkenaan guru ini mengandung, suka pakai pakaian match dgn tudung dan handbag.

Pelajar-pelajar tersebut telah dikenakan tindakan gantung sekolah dan telah membuat pengakuan umum. Semua yang terlibat adalah perempuan.....

Pelajar-pelajar yang masih sekolah itu telah dikenakan tindakan. Tapi macamana pula yang sudah habis sekolah ? Pelajar yang bakal mendapatkan result SPM : mungkin boleh digantung resultnya hingga dia meminta maaf. Macamana pula yang dah tak ada kaitan dengan sekolah lagi ( pindah sekolah atau dah kerja atau di IPT ) ?

Apa komen anda?