Gambar menunjukkan P&P mata pelajaran kimia tingkatan 4 ( di dalam makmal)
Pelajar-pelajar sedang menjalankan eksperimen di dalam makmal. Guru hanya sebagai fasilitator. Pelajar-pelajar diberi peluang untuk berbincang dalam kumpulan. Cara ini membuatkan P&P lebih menarik dan pelajar berasa seronok. Selesai menjalankan eksperimen, setiap wakil kumpulan akan memberi penerangan tentang dapatan eksperimen. Kumpulan-kumpulan lain akan membandingkan keputusan / dapatan mereka, seterusnya memberi komen masing-masing.

Sila komen atau beri pendapat sekiranya ada cara lain yang lebih menarik.
5 comments:
Terima kasih la....
Harap bagi la apa-apa respon.
Kak deebah..boleh saya tahu, apa dia eksperimen yang dibuat oleh pelajar? masa eksperiman kimia ada tak pelajar yang terover excited sampai bising sangat atau ada yang terpecahkan beaker atau test tube dalam makmal. akak biasa tangani student begini macam mana?
Hai liza. Ekperimen tu nak tentukan melting point naphthelene. Memang pun, budak-budak ni kalau dah diberi peluang, menjadi-jadi la diaorang. Ada dua group yang terpecah boiling tube masa tu, kuat sangat mengacau naphthalene agaknya. Akak dah warning awal-awal, tidak benarkan mereka ulang eksperimen kalau dah pecahkan radas. Budak-budak ni kena pegi jenguk-jenguk group lain. Bukan apa, denda sikit. Biar beringat-ingat.....
haha garang jugak cikgu Adeebah ni ek :)
abis tu kak, dorang yang dah terpecahkan radas tu camner .. next time boleh buat experiment lagi tak? Liza .. ha .. banyak boleh belajar dari Kak Deebah ni tau! Orang berpengalaman, luas pengetahuan (^^,)
Liza bila pulak nak upload video yang tak siap hari tu? Tak sabar gak akak nak tengok nih!
Bila terpecah radas, kena rekod. Next time diorang boleh buat eksperimen, mesti buat hati-hati n beringat-ingat takut banyak sangat nama diorang dalam rekod.
Tak ada apa sangat nak belajar dari akak ni, sama je. Kadang-kadang akak pun belajar dari cikgu-cikgu muda. Sama-samalah kita timba ilmu.ek!
Post a Comment